Khamis, 8 Oktober 2015

RESEPI DONUT GEBU YANG LEMBUT

RESEPI DONUT GEBU YANG LEMBUT

Assalammulaikum  wbt  hai semua blogger Salam Jumaat. Hari ni Cik Mar teruja nak makan donut.

So semalam turun lah bawah pegi kedai beli susu pekat 1tin. Jadi mar nak kongsi
respi dengan anda

semua Resepi Donut Gebu Yang Lembut. Sebenarnya  resepi Donut Gebu Yang Lembut ni saya dah 

lama amalkan dari tahun lepas Alhamdulillah  memang lembut dan gebu.



Bahan-bahan untuk membuat Donut

Ok di sini saya kongsikan Resepi Donut  Gebu Yang Lembut ok


Bahan-bahan :

210ml air suam
3 sudu gula pasir
3 sudu susu pekat tin
2 sudu marjerin
500gram tepung gandum
1 sudu garam
1paket yis..boleh guna jenama apa tak kesah. Mauripan pu ok. Saya guna yang ada je dalam peti.




Cara  Membuat nya :


Gula + Susu + Yis

Mula-mula  sediakan  air suam 210 ml. Masukan 3 sudu gula pasir dan 3 sudu susu pekat manis. Kacau sehingga sebati. Kemudian baru masukan 1 paket yis kacau sehingga yis hancur. Ok nak tahu petua donut lembut dan gebu yis hendak lah di biarkan sehingga naik buih seperti di dalam gambar. Kalau tak naik buih tu ada lah silap dekat mana tu. Tapi pastikan buih  tadi naik tau.



Tepung di biarkan 30minit

Ok saya main agak aje 500gram tepung gandum sebab kat rumah saya ni tak ada penimbang hehe. So masukan tepung  ke dalam bekas buat lubang bulat di tengah letak kan merjerin 2sudu dan garam 1sudu. Ok uli adunan ratakan marjerin dan garam. Kemudian masukan air yis yang dah naik ( berbuih ) seperti dalam gambar ni. Uli sehinggah doh menjadi lembut. Petua cik mar kalau donut lembut tambahan  sedikit sahaja tepung gandum. Kemudian biarkan doh sehingga 30minit. Bila tengok doh dah mengembang macam ni so anda boleh  lah terapkan.




Donut yang dah siap di terap

Ok terap mengikut kesukaan anda nak acuan besar ke standard. Kalau saya suka gunakan acuan yang standard sahaja. Tadaaaa sebenarnya  tepung  500gram saya dapat 2dulang tau. Lagi satu dulang saya simpan  dalam frozen besok pagi boleh goreng lagi kan...



Goreng sehingga keperangan










Ok dah siap terap donut anda boleh goreng kan ke dalam minyak yang panas. Ok petua untuk  donut garing elok pastikan  anda menggoreng donut di dalam minyak yang banyak. Makna kata donut anda tenggelam hokeh...Faham tak. Cik Mar terlampau excited terlupa nak ambil gambar  goreng donut Lembut dan Gebu  dalam kuali Go Shop tadi memandangkan bateri Cik Mar dah kelaparan. So kena bagi dia makan dulu lah kan.





Sungguh enak di makan begitu saja

Ok bila donut dah agak perang boleh angkat jadi  rupa macam tu. Cik Mar kalau masak memang akan lapik tisu dulu  ye supaya  minyak mudah serap.
Ok bila donut lembut dan gebu dah sejuk anda boleh lah gaulkan bersama gula pasir yang dah Cik Mar blander tadi. So tunggu apa lagi boleh lah minum bersama Tea O panas ye. Cik Mar dah selamat sarapan 3biji donut tadi hehe jangan marah.
Eh terliur  ke tak ni..kalau terliur minta maaf tau. 


Ok Selamat Mencuba  semua 

4 ulasan:

  1. yummmy...yummy...lebih sedap dr Big Apple punya ni..
    kebetulan mak sedara saya pon tgh sibuk cari resepi kuih donat yg simple and tak perlu guna bnyk brg..nnt sy tunjukkn kat dia..huhuuhuhhh..thank Q :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila lah apply aiman mania memang simple dan dpt 2dulang camtu leih bolh simpan peti

      Padam
  2. Sedapnya...next time boleh cuba :-)

    BalasPadam

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...