Rabu, 14 Oktober 2015

PETUA RAMBUT GUGUR

PETUA RAMBUT GUGUR
1. Limau Nipis dan Putih Telur
Perahkan tiga biji limau nipis. Campurkan dengan dua biji putih telur. Ratakan di seluruh bahagian rambut. Biarkan selama dua jam. Kemudian, baru cuci bersih. Ini antara rawatan rambut gugur yang paling mudah.


2. Guna Halba
Rendam segenggam halba dan beberapa keping buah sintok selama dua hingga tiga jam. Kemudian, rebuskan hingga air rebusan berubah warna menjadi warna perang pekat. Biarkan sejuk. Selepas itu, ramaskan ramuan tersebut hingga hancur dan lumurkan pada rambut. Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan sekali pada setiap minggu.


3. Guna Lobak Merah
Lobak merah diparut halus. Kemudian, campurkan dengan minyak kelapa dan sapu rata pada bahagian rambut. Basahkan tuala kecil dengan air panas dan perapkan bahagian rambut.

4. Guna Daun Serai
Harus diingat, serai bukan digunakan untuk memasak tomyam sahaja. Banya lagi kegunaannya, iaitu salah satunya ialah digunakan sebagai salah satu cara rawatan rambut gugur. Cukup mudah caranya. Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Kemudian, masak dengan secawan air hingga berwarna kekuningan. Sejukkan air rebusan tersebut. Usapkan air tersebut perlahan-lahan ke seluruh bahagian kepala. Amalkan selama dua minggu bagi melihat kesannya.

5. Guna Lidah Buaya, Bunga Raya dan Litup Bumi
Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Masukkan kesemuanya ke dalam satu bekas. Campurkan sedikit minyak zaitun ke dalam semua adunan lendir pokok. Kemudian, sapu di seluruh bahagian rambut selepas mandi malam/petang dan bungkuskan kepala dengan tuala selama 30 minit. Pada keesokan pagi, semasa mandi barulah cuci dan bilas rambut. Amalkan sekali pada setiap minggu. In Shaa Allah, rambut tidak gugur dan lambat beruban.
Bagi sesiapa yang tidak tanam lidah buaya, bunga raya dan litup bumi di kawasan rumah, tentu agak sukar untuk mencuba rawatan rambut gugur ini. Apa-apa pun, kalau mahu seribu daya. Boleh cuba tanya jiran-jiran yang ada tanam.


6. Guna Kacang Hijau
Rebus segenggam kacang hijau tetapi jangan sampai air rebusannya kering. Biarkan air tersebut sejuk. Sebelum tidur, sapukan air tersebut pada akar rambut. Basuh rambut pada keesokan paginya. Boleh diamalkan pada setiap hari. Tentu sekali ini rawatan rambut gugur tradisional yang sangat mudah.

7. Guna Santan Kelapa
Parut sebiji kelapa, perah dan ambil santannya. Masak santan sehingga mengeluarkan minyak dan biarkan sejuk. Rawatan rambut gugur ini mesti menggunakan santan yang sudah sejuk. Ratakan di seluruh bahagian kepala dan biarkan semalaman. Keesokan paginya, barulah rambut dibilas bersih.

8. Guna Limau Nipis dan Telur Ayam
Ini rawatan rambut gugur yang lebih kurang sama dengan yang nombor 1. Cuma petua ini tidak perlu perah limau nipis. Potong beberapa biji limau nipis dan kemudian tenyehkan pada kulit kepala. Kemudia, telur ayam dipecahkan dan disapu pada bahagian kulit kepala yang bermasalah. Bungkuskan kepala dengan kain tuala selama beberapa jam sebelum dibasuh.


Selamat mencuba!

1 ulasan:

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...