Sabtu, 22 Ogos 2015

TIPS MENCUCI WAJAH

DOA MENCUCI WAJAH


Assalammualaikum wbt...petang petang ni dah makan ke semua. Lambat plak hari ni update Blog . Hari ni saya nak share dengan anda Tips

Cuci Muka. Muka adalah bahagian sensistif di wajah saya. Nak tanya sehari anda cuci wajah anda berapa kali sehari. Waktu malam sebelim tidur cuci ke tak. Saya akan cuci muka saya sekurang-kurang nya 3kali sehari dan waktu malam adalah waktu yang paling wajib saya bersihkan. Seeloknya lepas cuci tu boleh lah sapukan toner kasi segar sikit dan lepas tu boleh lah sapukan krim malam.

Ok maklumat lanjut saya kongsikan dib bawah

Tip mencuci wajah
1. Minyak pada wajah pada waktu pagi adalah sesuai untuk tujuan urutan muka. Oleh itu, sebelum mencuci wajah, eloklah urutan dilakukan terlebih dahulu. Kalau tak sempat buat tiap-tiap pagi, buat lah waktu pagi hujung minggu.


2. Sebelum mencuci muka, jangan basahkan wajah anda kerana minyak pada wajah dan air tidak bercampur. Cara yang betul adalah dengan mencuci tangan terlebih dahulu kemudian membuihkan sabun pada tangan dengan air yang minima. Barulah muka betul-betul bersih.


3. Cuci muka paling maksima adalah sebanyak 3 kali sehari. Skrub pula sekali seminggu.


4. Semasa mencuci muka, urutan wajah adalah ke atas.


5. Selepas mencuci muka, keringkan muka anda dengan hanya menekap (tapping) tuala bukannya mengelap muka.


6. Liang roma pada wajah adalah terbuka selepas mencuci wajah. Oleh itu, pakailah toner atau jika tidak mampu gunalah air ais untuk menutupnya. Selepas itu, tepuk-tepuk kulit wajah anda secara lembut untuk membantunya menyerap dengan baik. Toner tidak boleh disapu di bahagian mata tapi firming lotion boleh. Kalau pakai toner, pakai lah eye cream untuk kawasan mata. Oh ye, bagaimana anda pakai toner anda? Dengan kapas ye? Tak perlu pun sebenarnya pakai kapas sebab toner tu hanya adan kat kapas, kulit tak serap pon. Lebih baik pakai terus ke muka. Kalau nak lebih mudah, beli botol spray yang kecil dan masukkan toner anda dalam tu. Mudah dan jimat dan lebih berkesan!


7. Pakai pelembab untuk elakkan kulit dari dehydration. Walaubagaimanapun, jika mempunyai masalah jerawat, tidak digalakkan memakainya sebab boleh menyebabkan liang-liang di muka tersumbat. Kalau nak pakai juga bolehlah dalam kuantiti yang sedikit. Cara untuk memastikannya; ambil satu tisu dan lekapkan di muka setelah menyapu pelembap. Lebihan pelembap teresebut akan melekat di tisu.
8. Jangan sesekali menyent
uh muka anda dengan tangan yang kotor untuk mengelakkkan pembiakan bakteria pada kulit wajah. Lepas tu, jerawat akan timbul.

6 ulasan:

  1. Menarik ni..betul bangun pagi mesti area t berminyak..rupanya boleh buat urutan muka ye sebelum cuci muka..terima kasih info..

    BalasPadam
  2. menarik...nice info..thanks akak comel

    BalasPadam
  3. hm, ada yang kata kan kalau pagi-pagi tayah cuci muka dengan pencuci..thank for the tips pasal toner tuh, baru tau, pasni nak beli penyembur, its sound efektif !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Toner yang saya pakai tahan 10bulan bebas bahan kimia n bebas pewangi

      Padam

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...