Selasa, 25 Ogos 2015

10 TANDA TANDA KEKURANGAN KOLAGEN

TANDA KEHILANGAN COLLAGEN
Morning semua... Di doakan moga anda sihat dan ceria hari ini. Hari ni Blog Pakar Kulit  Dan Kecantikan Nak berkongsi dengan anda semua 10 Tanda
Anda Kekurangan  Collagen :


1) Rambut anda akan menjadi kering, bercabang di hujung, serta keguguran rambut. Kesihatan rambut dan folikel rambut adalah berkait dengan kolagen. Kekurangan kolagen akan melemahkan rambut dan folikel rambut dan mengakibatkan keguguran rambut.


2) Munculnya tanda penuaan seperti  garisan halus pada kulit wajah, kulit dan otot semakin mengendur serta liang roma semakin membesar.


3) Kulit muka kelihatan kusam, berjeragat, berpigmentasi, liang pori-pori juga terbuka.


4) Kuku mudah pecah dan rapuh, rosak dan kekuningan,bintik putih.


5) Payudara dan punggung mula kendur.


6) Kulit semakin hilang keanjalan, lebih kering dan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Orang akan sangka kita dah berusia dari umur sebenar


7) Penglihatan semakin merosot (rabun)Oleh kerana kolagen adalah komponen utama kornea, kekurangan kolagen akan menyebabkan kemerosotan penglihatan.


8) Mempunyai masalah kardiovaskular akibat kurangnya keanjalan salur darah.


9) Mempunyai masalah sendi, arthritis atau osteoporosis. Kolagen adalah unsur utama dalam sendi dan struktur tulang untuk mengekalkan aktiviti biasa tulang, sendi, ligamen dan urat. Kekurangan kolagen akan mengakibatkan penyakit sendi, arthritis & osteoporosis.


10) Kelihatan lingkaran gelap pada bawah  mata (mata panda..hehe), terdapat pengumpulan lemak kecil berwarna kuning pada bahagian putih mata..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...