Rabu, 17 Disember 2014

10 MASKER TERBAIK


Assalammualaikum wbt

Wanita-wanita cantik di luar sana pasti ingin kelihatan
berseri dan cantik setiap masa kan..Ok hari ini saya kongsikan kepada anda 5 Masker Terbaik untuk anda semua.

Boleh amalkan seminggu 2kali...Masker pun tak elok amal hari-hari ya...So memadai 2 hingga 3 kali seminggu dah cukup.

1. Lemon-Honey Face Scrub
Menanggalkan kulit mati, mengekalkan kelembapan dan mencerahkan kulit
Bahan-bahan:-
2 sudu besar madu
1 sudu jus lemon
1 sudu minyak zaitun
1 ½ sudu gula

Cara penyediaan:-
Campurkan semua bahan tersebut di dalam bekas, sapukan pada muka dan bilas dengan air suam

2. Salt, Lemon, and Sugar Scrub
Untuk pengelupasan dan mencerahkan kulit
Bahan-bahan:-
2 sudu garam
½ biji jus lemon
Gula (tambah sehingga campuran solid tetapi tidak kering)
Cara penyediaan:-
Campurkan semua bahan di dalam bekas dan urut secara perlahan-lahan pada kulit.. Biarkan 2-3 minit, kemudian bilas dengan air

3. Avocado and Oatmeal Scrub for Oily Skin
Memberi kelembapan, melembutkan dan mengekalkan kulit yang sihat
Bahan-bahan:-
2 sudu kecil oatmeal halus
1 sudu kecil avocado
1 sudu kecil madu
Cara penyediaan:-
Campur semua bahan di dalam bekas menjadi satu paste yang pekat.. Urutkan pada kulit muka dalam gerakan membulat, kemudian bilas dengan air suam

4. Baking Soda Blackhead Scrub
Untuk menanggalkan bintik hitam
Bahan-bahan:-
1 sudu gula pasir
1 sudu baking soda
2 sudu air
Cara penyediaan:-
Campur semua bahan di dalam bekas, urutkan bahan tersebut pada kulit yang lembab dan bilas dengan air suam

5. Banana and Sugar Face Scrub
Untuk pengelupasan dan menyuburkan kulit
Bahan-bahan:
1 biji pisang
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan gula perang
Lenyekkan pisang di dalam bekas, tambah bahan-bahan yang lain sehingga menjadi satu paste. Urutkan pada muka dan biarkan 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air suam

6. Egg Yolk. Honey. And Olive Oil Mask
   Kombinasi untuk kulit kering

1 Biji Telur
1 Sudu Besar Madu
1 Sudu  Minyak Zaitun

Blend semua bahan-bahan dalam bekas.Kemudian urut secara lembut pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air suam.

7. CUCUMBER AND YOGURT FACE MASK
Sesuai untuk revive your skin
1/2  timun
1 Sudu besar yogurt

Blend semua bahan menggunakan blender...Kemudian urutkan secara lembut pada muka selama 15minit dan bilas dengan air sejuk.

8 ORANGE JUICE AND HONEY MASK
 For Healthy Glow

3 Sudu Besar jus oren  ( no pulp )
1/2 cawan madu


Blend semua bahan-bahan dalam bekas.Kemudian urut secara lembut pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air suam.

9. PAPAYA AND HONEY MASK
Masalah Jerawat atau sunburn
1/2  betik masak
2 sudu besar madu


Blend semua bahan-bahan dalam bekas.Kemudian urut secara lembut pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air suam.

10. VITAMIN C MASK
 Masker Anti Penuaan
1/2 kiwi segar di kupas dan di lecek
2 sudu besar madu 
2 titis minyak pati oren


Blend semua bahan-bahan dalam bekas.Kemudian urut secara lembut pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air suam.


Ok Selamat Mencuba






 

1 ulasan:

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...