Khamis, 6 November 2014

RAHSIA MANDI BUNGA YANG ANDA TAK TAHU

Assalammualaikum wbt

Segar badan dapat massage Aqulpuncture dan mandi bunga tadi...Ada yang tanya saya maaf bukan nak riak...Macamana nak seri.Saya senyum je saya cakap seri tu datang dari air wuduk yang kita ambil.Tapi lepas kawen sebulan sekali mesti saya mandi bunga..

Alhamdulillah badan rasa segar je.Sebelum ni stresd dan lemau.Tak perlu nak ke SPA buang ratus ringgit.Boleh buat sendiri.Bunga yang kita pilih tu sebenarnya memberi aura pada wajah dan tubuh kita.

Amalan mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik, kerana menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:

‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap ke dalam tubuh badan’

Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya, tetapi amalan ini haruslah di lakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Dan hujah ini dengan kajian dari pihak lain, dimana hasil kajian itu mendapati:

“Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan pencerap tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga.”

Amalan mandi bunga ini telah dibuktikan secara saintifik yang terbukti dapat menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan badan. Ketika mandi bunga ini tidaklah mengharap dari perbuatan mandi bunga itu dapat mencepatkan jodoh, menolak bala atau sebagainya, ini kerana setiap sesuatu berlaku terletak pada ketentuan Allah SWT.

Kita serahkan pada Allah swt, jodoh pertemuan, hidup dan mati semuanya ketentuan illahi. Hanya Allah swt yang mengetahui segalanya.

Jadi amalan ini bukanlah suatu amalan yang salah tetapi pelaksanaan yang dilakukan ketika amalan ini dijalankan menjadikan amalan ini salah. Oleh itu umat Islam secara khusus nya haruslah menolak amalan ini sebagai penentu sesuatu perkara tetapi sebaliknya hanyalah suatu amalan biasa seperti amalan mandi biasa yang di lakukan setiap hari.

Oleh itu amalan ini haruslah di tolak 100% sebagai penolak bala, pemberi nasib baik dan lain-lain lagi yang nyata tiada asas sama sekali. Perbetulkan niat ketika melakukannya, dengan niat hanya mandi dan dengan tujuan untuk menyegarkan tubuh badan sahaja.

Amalan mandi bunga ini boleh di lakukan pada bila-bila masa sahaja, tidak memerlukan pada majlis-majlis tertentu atau masa khusus seperti majlis perkahwinan ataupun ketika upacara belajar silat dan yang berkaitan dengannya.

Sebagai kesimpulanya, setiap perkara itu haruslah dilakaukan dengan sebaik mungkin, ini dengan mengambil kira hukum-hukum, serta garis panduan yang di gariskan di dalam Islam, ini kerana setiap amalan yang di lakukan itu boleh mendatangkan pahala dan keberkatan Allah SWT jika di lakukan dengan sebaik mungkin, jadi setiap amalan itu semuanya berbalik kepadaNya.

Berkaitan amalan mandi bunga ini tidak mempunyai nas, dalil-dalil atau pun hadis yang sahih di dalam Islam. Amalan ini sebenarnya berkait rapat dengan amalan di dalam agama Hindu, yang rata-ratanya melibatkan perbagai jenis bunga di dalam amalan ritual agama mereka. Antara lain amalan mandi di dalam amalan agama Hindu adalah amalan mandi di Sungai Ganges untuk menyucikan dosa, mandi minyak (minyak bijan) ketika Deepavali untuk membuang nasib buruk dan lain-lain lagi.

Lebih merisaukan lagi dikhuatiri masyarakat Islam pada hari ini menjadi syirik dek kerana kurang mengetahui latar belakang sebenar amalan ini dan mungkin mengangap ianya sebahagian dari amalan di dalam Islam, ini kerana orang yang melakukan amalan ini atau lebih di kenaili sebagai ‘bomoh’ memulakan ritual ini dengan bacaan basmallah dan di akhiri dengan lafaz syahadah dan salawat. Inilah yang boleh menyebabkan salah faham berlaku kerana seseorang individu itu menggangap amalan mandi bunga ini turut berada di dalam amalan teras Islam seprti mandi junub, mandi sunat hari jumaat, mandi sunat hari raya qorban mahupun mandi sunat Aidilfitri yang mana amalan mandi ini terdapat nas, dalil dan hadis yang sahih.

Kekeliruan ini disebabkan kerana amalan ini tampak ‘Islamik’ dengan suntikan-suntikan dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan buta mengenai Islam, jadi ‘mentality’ ini harus di ubah bagi membendung umat Islam menjadi syirik serta terus mengamalkan amalan mandi bunga ini dengan cara yang bertentangan dengan amalan Islam secara khususnya.

Jika dipetik dan dihimpunkan sebanyak tujuh jenis warna bunga yang berlainan akan dapat dilihat perbezaan dan aura bunga itu ketika direndam dalam baldi mengandungi air sejuk, ia akan menjadi satu corak pelangi yang tidak dapat dilihat dalam air secara mata kasar,namun sebaran minyak yang keluar daripada hasil bunga itu dapat dilihat. Itulah yang dimaksudkan molekul aura yang terkandung dalam bunga.

Kajian sains telah membuktikan bunga adalah agen pencerap tenaga matahari yang paling baik manakala mandi dengan air yang bercampur dengan bunga-bungaan memungkinkan kita mendapat kebaikkan-kebaikkan tenaga matahari yang telah dicerap dan diproses oleh bunga. Bunga akan mengeluarkan butiran debunga halus yang kelihatan seperti bergerak dan bernyawa apabila direndam dalam air sejuk. Gerakan ini adalah hasil tekanan atau hentakan butir debunga dengan zarah-zarah air.

Gerakan ini akan mengaktifkan semula deria luaran tubuh lantas merangsang sistem hormon di dalam tubuh. Apabila sistem hormon terangsang maka organ-organ dalaman akan bekerja dengan baik. Kajian sains sekali lagi mengatakan bahawa gerakan rawak ini membuktikan bahawa perlanggaran antara oksigen dengan karbon dioksida berlaku secara rawak dan membuktikan mandian bunga yang menggunakan perantara air adalah agen penghantar tenaga yang cekap.

Mandi bunga tidak termasuk dalam bida'ah kerana ada kafiat tertentu untuk tujuan perubatan dan asalkan niat itu baik.

Sebaik-baiknya untuk gadis yang risau dan sukar mendapatkan jodoh. Amalkan dan perbanyakkan membaca doa pendekat jodoh dan doa pengasih walaupun belum dikategorikan sebagai "Andartu".

Antara Surah yang saya amalkan untuk  dekat Jodoh ialah Surah Al-Imran Ayat 31.Amalkan In Shaa Allah niat kerana Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...