Selasa, 11 November 2014

KURANG AIR PUNCA KEGEMUKAN

Assalammualaikum wbt

Seminggu tak update blog Alhamdulillah hari ni saya dapat bersiaran..anda dah minum berapa liter air hari ini.Dah cukup 3Liter tak atau 2Liter pun tak sampai.

Ada yang kata takut minum nanti jadi gemuk air lah sebab tak boleh nak telan dan macam-macam alasan kan.Ok hari ni saya tak cerita mengenai Bahaya Kurang air.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya secara purata 75% dari jisim tubuh manusia terdiri daripada air. Otak mengandungi 75% air, 92% dari darah dalam badan adalah air, 22% dari kandungan tulang adalah air dan 75% daripada otot juga merupakan air. Tidak hairanlah kalau ramai pakar kesihatan yang menasihatkan kita agar sentiasa meminum air kosong! Ini adalah kerana, secara purata dalam sehari, seorang dewasa akan hilang sebanyak 10 cawan air dari dalam badan hanya dengan bernafas, berpeluh, membuang air kecil dan besar. Secara purata juga kita perlu meminum sebanyak 8 gelas (8 ounce) air bagi memastikan tubuh badan kita mendapat air yang mencukupi atau hydrated. Apatah lagi jika kita melakukan aktiviti fizikal lagilah banyak air yang perlu kita minum. Ada juga faktor lain yang memerlukan seseorang meningkatkan pengambilan air kosong. Faktor tersebut adalah seperti cuaca, senaman, penyakit, penyusuan badan dan ibu yang mengandung.

Tahukah anda bahawa proses penyahhidratan bermula sejurus sebelum anda merasa dahaga? Jadi, untuk mengelakkan keadaan tersebut pastikan anda sentiasa membawa botol air ke mana-mana sahaja anda pergi dan pastikan anda meminum air itu dan bukan untuk display sahaja. Ramai yang menyangka bahawa meminum minuman manis turut memenuhi keperluan air dalam badan namun itu tidak benar sama sekali! It’s the opposite! Jumlah air yang banyak digunakan untuk membersihkan dan mengasingkan kandungan gula dan garam yang ada dalam badan, jadi semakin banyak anda meminum minuman manis dan makan makanan bergaram, semakin banyak air dalam badan yang digunakan untuk proses perkumuhan jadi sebab itulah anda perlu sentiasa meminum air.

Dengan meminum air juga, ia dapat meningkatkan tahap metabolisma seseorang dan membuatkan kita rasa lebih kenyang. Ini juga amalan baik yang perlu dipraktikkan bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. Apa pula yang terjadi jika badan kita tidak mengandungi air yang mencukupi? Jom kita baca sama-sama apa akibatnya:

1. FATIGUE
Ini adalah keadaan di mana aktiviti enzim dalam badan amat perlahan akibat kekurangan air yang menyebabkan kita cepat berasa penat dan lemah atau dikenali sebagai fatigue.

2. TEKANAN DARAH TINGGI
Seperti yang kita maklum, 92% dari kandungan darah adalah air, jadi apabila air dalam badan tidak mencukupi, darah kita akan menjadi pekat. Apabila kepekatan darah meningkat ia menyukarkan perjalanan darah dan ini boleh mengakibatkan kenaikan tekanan darah.

3. PENYAKIT KULIT
Kekurangan air dalam badan akan menghalang proses pembuangan toksin melalui kulit iaitu perpeluhan, jadi sekiranya toksin terperangkap di dalam kulit ini boleh mengakibatkan penyakit kulit seperti jerawat, dermatitis, psoriasis, kedutan dan tona tak sekata.

4. KOLESTROL TINGGI
Apabila dalam keadaan nyahhidrat atau dehydration, badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak kolestrol bagi menghalang kehilangan air dari sel dalam badan.

5. MASALAH PENGHADAMAN
Dalam air kosong terkandung zat-zat alkali dan mineral seperti magnesium dan kalsium. Zat-zat ini dapat membantu dalam proses penghadaman makanan. Jadi, kekurangan zat-zat tersebut memungkinkan penyakit-penyakit seperti, gastritis, ulser perut dan asid reflux akibat ketidakhadaman sesetengah makanan.

6. PENYAKIT BUAH PINGGANG DAN PUNDI KENCING
Dengan keadaan badan yang kekurangan air, ini menyebabkan toksin dan bahan buangan asid tidak dapat dinyahkan dari dalam badan. Perkumpulan asid dan toksin dalam badan ini akan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang membawa kepada penyakit seperti jangkitan kuman, inflamasi dan kesakitan.

7. SEMBELIT
Apabila kekurangan air, usus adalah salah satu bahagian badan utama yang akan membekalkan sumber air kepada bahagian badan yang lain yang lebih kritikal untuk berfungsi. Apabila ini terjadi, usus akan kekurangan air untuk menjalani proses perkumuhan yang lancar dan ini mengakibatkan sembelit.

8. SENDI YANG SAKIT DAN TEGANG
Setiap bahagian sendi kita mempunyai lapisan kartiladge yang melancarkan pergerakan sendi. Kandungan utama kartiladge adalah air, maka sekiranya badan kekurangan air, proses pemulihan dan pembaikan kartiladge yang sering haus ini amat perlahan. Ini mengakibatkan sendi menjadi sakit dan tidak selesa apabila berlaku pergerakan sendi.

9. KENAIKAN BERAT BADAN
Dalam keadaan badan yang kekurangan air, sel-sel badan akan menjadi lemah dan bergantung. Kesannya seseorang cenderung untuk makan berlebihan atau terlalu kerap sedangkan keadaan sebenar ialah tubuhnya memerlukan air.

10. PROSES PENUAAN AWAL
Sekiranya dehidrasi yang dihadapi adalah kronik, segala organ utama dalam badan akan lemah dan gagal untuk berfungsi dengan baik dan ini terutamanya berlaku pada organ terbesar pada badan manusia iaitu kulit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...