Selasa, 11 November 2014

KENALI JENIS KULIT WAJAH ANDA

JENIS KULIT WAJAH KITA

Assalammualaikum wbt

Harini saya nak kongsi tentang kenali jenis kulit wajah kita...selama ini anda tahu tak kulit wajah anda jenis apa.Ke main bejal je pakai produk.Ok macam saya ni di kategorikan sebagai kulit kering.So saya wajib tahu produk apa yang sesuai dengan kulit saya

Berikut merupakan jenis-jenis kulit yang perlu diketahui :

1-Kulit Normal
2-Kulit Kering
3-Kulit Berminyak
4-Kulit Kombinasi

KULIT NORMAL
Kulit jenis biasa ( normal ) adalah kurniaan tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih - seperti kulit bayi.
KULIT KOMBINASI
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.
Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :
Kelenjar minyak yang tidak sekata
Muka kering
Jeragat (pigmentasi)
Whitehead ( Milia Seed )

KULIT KERING
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin ( air–conditoner ), pembersih muka yang beralkali tinggi ( sabun mandi yang buih berlebihan ), kurang minum air dan ubat - ubatan ( medications – Roaccutane ).
Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:
Kedut / garis garis halus
Bintik bintik hitam (freckles)
Whitehead ( Milia Seed )
Hitam di sekeliling mata
Jeragat (pigmentasi)
Keseluruhan muka kering dan kusam
p/s : cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk... dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut... .. jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian.." kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!!
KULIT BERMINYAK
Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah ( jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disampig itu, faktor hormon ( remaja ), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.
Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Pori pori terbuka
Parut
Keseluruhan muka berminyak

KULIT BERMASALAH
Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitukelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon ( remaja ) merupakan salah satupunca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yangmengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria.
Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihanyang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika
berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat padabahagian mulut, dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu.
Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Jerawat batu
Pori-pori terbuka
Kulit Sensitif
Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan factok luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut. Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk ,skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran,tempat kita selalu lepak,kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran.
Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi?
Guna produk muka jenama baru
Makan sesuatu jenis makanan
Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
Masa mandi dan minum air berklorin
Terkena sabun cuci baju
Berada di tempat atau bangunan tertentu
Sedang stress
Simptom semasa kulit sensitif
Kulit menjadi merah
Kulit menjadi pedih
Kulit mengelupas
Kulit rasa terbakar
Tompok-tompok hitam
Naik ruam /jerawat
Semua diatas.


Ok berikut adalah sebab-sebab asas kulit sensitif.
kalau anda tiada masalah diatas tapi masih juga ada masalah ini sila jumpa pakar kulit.
p/s : jangan menggunakan produk-produk kulit yang mengandungi bahan formaldehyde-based preservatives dan Sodium Lauryl Sulfate

Anda dah cuba macam-macam produk..tapi masih tak serasi...boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.In Shaa Allah saya cuba bantu.


MARIANI BINTI MD ISA
SID : 955872
0196972154

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...