Isnin, 3 November 2014

BAHAYA KEKURANGAN OMEGA

BAHAYA KEKURANGAN OMEGA
Assalammualaikum wbt

Pernah tak anda dengar bahaya kekurangan omega.Omega ni apa penting sangat ke...Dan kenapa ia penting.Ok jom baca 

Omega Guard Shaklee  Membantu Merangsang Minda Anak Anda
Nutrisi yang baik sememangnya perlu dan penting untuk kanak-kanak. Untuk memperolehi fungsi otak yang optima, mereka perlukan kepelbagaian makanan yang sihat. Malangnya, ramai di kalangan ibu bapa yang tidak menyedari bahawa perkembangan minda kanak-kanak adalah sensitif dan dalam masa yang sama memerlukan nutrien khusus bagi merangsang mindanya.


Anda mungkin pernah mendengar tentang kepentingan asid lemak perlu kepada kesihatan dan proses perkembangan kanak-kanak. Kekurangannya juga boleh mempengaruhi tumbesaran yang sihat. Tanda-tanda lazim kekurangan asid lemak 'politaktepu berantai panjang' di kalangan kanak-kanak termasuklah kulit yang kering, kuku yang rapuh serta rambut yang kering dan kusam.


Ramai pakar pemakanan dan ahli perubatan menyarankan pengambilan asid lemak perlu yang seimbang untuk kanak-kanak, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah pembelajaran, kelemahan daya fokus dan tingkah laku seperti ADHD dan juga alahan.


Kajian yang dibuat oleh penyelidik dan pakar perubatan pemakanan Kanada ke atas kanak-kanak ADHD mendapati 80 peratus daripadanya mengalami kekurangan asid lemak perlu Omega-3 (seperti yang diperolehi daripada minyak ikan) dan satu dalam lima orang kekurangan asid lemak perlu asid gama linolenik (GLA) seperti yang diperolehi daripada minyak evening primrose.
Kajian oleh universiti Oxford juga menyetujuinya, di mana kajian mendapati kanak-kanak yang bermasalah dengan tingkah laku atau masalah pembelajaran memberi respon positif dengan pengambilan kombinasi minyak ikan dan minyak evening primrose.


Kanak-kanak seawal usia begini boleh diberikan makanan tambahan seperti yang kaya dengan asid lemak perlu, seperti omega-3 (boleh diperolehi daripada minyak ikan) dan omega-6. Asid dokosaheksanoik daripada asid lemak Omega-3 dianggap antara nutrien ajaib untuk otak dengan menjadikan membran berlemak yang mengelilingi atau sekitar sel saraf dalam otak lebih fleksibel, membenarkan lebih neurotransmiter dipindahkan antara sel saraf (perhubungan) dan sekaligus mempertingkatkan keupayaan untuk berfikir dengan lebih cepat dan memberi tumpuan yang lebih baik.
Memandangkan asid-asid lemak perlu ini berada dalam konsentrasi tinggi dalam otak untuk membolehkan ia berfungsi secara normal, maka tidak hairanlah kekurangannya akan mempunyai kaitan dan memberi kesan kepada kemerosotan fungsi minda.


Dengan pengambilan asid lemak yang mencukupi boleh memastikan perkembangan dan kelancaran fungsi otak, mata serta fungsi tubuh yang lain. Walaupun sel-sel otak sudah terbentuk sebelum kelahiran, tetapi perhubungan antara sel-sel otak giat berlaku pada peringkat awal kehidupan kanak-kanak untuk membolehkan pembelajaran berlaku. Ini kerana ia penting bagi mengekalkan keutuhan dan keanjalan membran sel supaya penghantaran mesej atau impuls antara sel-sel saraf berlaku secara efektif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...