Khamis, 16 Oktober 2014

TIPS KECILKAN PEHA DAN PUNGGUNG


Wah antara tips terbaik untuk Kecilkan Peha Dan Punggung ialah mengambil jumlah protin yang mencukupi.Anda rasa larat ke tak nak makan Ayam,Susu,Ikan setiap hari...Dah tu masak cara goreng khasiat lagi ka Protin anda.
Memandangkan bulan ni Promosi Esp anda boleh dapatkan Esp Shaklee boleh hubungi Mar atau whatssup...Ok ini antara tips yang saya kongsikan buat anfa semua...Selamat mencuba ya
1 – Wujudkan defisit kalori Kekerapan
Setiap hari
Anda sudah bosan mendengar aku menyebut perkataan ‘Kalori’? Tetapi itulah hakikatnya. Kurangkan pengambilan kalori harian dalam 500kcal daripada yang sepatutnya (DCR). Ambil jumlah protein yang mencukupi untuk membantu mengekalkan otot peha (dan otot bahagian badan yang lain) ketika proses penurunan berat badan. Berapa jumlahnya? 2g per Kg berat badan sudah mencukupi (sebagai contoh, mereka yang mempunyai berat badan 70kg harus mengambil 140g protein, yakni kira-kira 5 ketul ayam bahagian dada. Namun anda boleh pelbagaikan sumber protein).
2 – Senaman fokus pada peha
Kekerapan: 3 kali seminggu
Fokus pada senaman yang melibatkan otot quadriceps (peha depan) dan hamstrings (peha belakang). Antara 2 contoh senaman yang boleh dilakukan ialah ‘Lunges‘ dan ‘Squat‘. Bagaimana nak melakukannya? Boleh search di laman Youtube dan taip kata kunci ‘Lunges exercise‘ atau ‘Squat exercise‘. ‘Lunges‘ boleh dilakukan dengan dumbell, atau tanpa dumbell.Mar cadangkan buat dalam 3 set untuk setiap senaman, dan satu set senaman mempunyai 10 ulangan. Jika anda mahukan lebih penjelasan, atau inginkan cadangan senaman yang lain, sila kemukakannya di ruangan komen.
3 – Senaman kekuatan dahulu, baru cardio
Kekerapan: 3 kali seminggu
Lakukan senaman di atas sebelum memulakan kardio (jogging). Ini untuk memastikan anda sudah menggunakan sehabis mungkin ‘muscle glycogen‘ dan ‘liver glycogen‘ menerusi senaman-senaman tersebut. Dan apabila anda memulakan jogging, badan mungkin sudah kehabisan sumber-sumber tenaga tadi, lalu menggunakan sumber tenaga alternatif yang terakhir iaitu lemak. Ingin mengetahui teknik kardio yang tepat untuk tip ini, sila baca Kardio – Katalis kepada ‘Fat Burn’.
4 – Rehat
Harus diselang-selikan dengan senaman/kardio di atas. (Isnin senaman/kardio, Selasa rehat, Rabu kembali kepada senaman/kardio, dan begitulah seterusnya). Rehat penting untuk membolehkan badan, terutamanya tisu-tisu otot bahagian kaki untuk ‘dibaiki’. Otot paha yang kuat akan membakar lebih lemak-lemak disekelilingnya ketika bekerja. Namun, aku tidak nafikan, anda akan kehilangan ‘sedikit’ otot paha yang berharga ketika fasa weight loss ini, atau sekurang-kurangnya mengekang kehilangan otot tersebut. Diet dan rehat yang mencukupi sangat mempengaruhi jumlah otot yang terurai dan hilang bersama-sama lemak.
Maklum Lanjut Hubungi Saya :
MARIANI BINTI MD ISA
SID : 955872
0196972154

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...