Jumaat, 24 Oktober 2014

SEJARAH SHAKLEE

ABOUT SHAKLEE
Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan  kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh  pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.
Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation
yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak
bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta
mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu
di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu. Shaklee
Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung
1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.
Shaklee sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam
dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh
pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan
menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.
Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta           
kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta
syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang
ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan     sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan
kesejahteraan   kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam
produk inovasi, kecemerlangan sains.
Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti
kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik
seumpamanya.

Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih
perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee
merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah
dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia. Apa jua yang anda perlukan,
kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang
lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.

VISI SHAKLEE MALAYSIA
"Kami komited dalam membatu rakyat Malaysia mendapat kehidupan yang diimpikan
dan memenuhi aspirasi mereka melalui kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh"

MISI SHAKLEE MALAYSIA
"Menjadi peneraju dalam memberikan peluang perniagaan, produk dan perkhidmatan
yang mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh"

Shaklee Corporation
Shaklee Corporation merupakan sebuah syarikat nutrisi semulajadi No. 1 di Amerika
Syarikat dan menjadi sejarah kebanggaan selama lebih 50 tahun sebagai peneraju dalam
sejarah kesihatan dan isu-isu alam sekitar. Dr Forrest C SHAKLEE memulakan syarikat dengan
komitmen terhadap produk bagi meningkatkan kesihatan tanpa mencemarkan alam
sekitar dengan mengasaskan syarikatnya pada 1956. Kategori produk syarikatnya terdiri
daripada suplemen, produk pembersihan rumah, udara dan air penuras serta produk
kecantikan dan penjagaan kulit yang menggabungkan keaslian dan sains yang terbaik.
Selama lebih 50 tahun, Shaklee telah menjadi pembekal terunggul dari segi mutu produk,
nutrisi dan produk penjagaan peribadi yang tulen, produk keperluan rumah yang mesra alam
dan sistem rawatan air serta udara yang terkini. Jenama Shaklee sinonim dengan kualiti yang
tinggi dan kemujaraban, mewakili satu daripada jenama terkenal dalam pemakanan tambahan
dan industri-industri jualan langsung. Pelanggan dan pengedar setia telah memberi sokongan
padu terhadap syarikat selama lebih 50 tahun lepas. Dengan satu portfolio produk yang kukuh,
di samping lebih 48 paten dan bakal paten di seluruh dunia, Shaklee beroperasi di Kanada,
Jepun, Malaysia, Mexico, China dan Amerika Syarikat dan mempunyai lebih 700,000 orang
ahli di seluruh dunia. Produk Shaklee mencerminkan komitmen syarikat bagi kualiti tertinggi,
perkhidmatan dan kepuasan pelanggan, disokong oleh satu jaminan iaitu Jaminan 100%
Shaklee.
Shaklee mempunyai sejarah pengawasan alam
sekitar dan aktivisme yang hebat. Shaklee
telah aktif dalam bidang isu pemanasan global
semenjak 1986 apabila syarikat itu membiayai
satu projek penyelidikan terhadap Artik
dengan penjelajah Will Steger untuk mengukur
kesan pemanasan global pada puncak ais serta
ekspidisi penyelidikan pada 1989 dan
1996 untuk mengukur pecutan meleburkan
puncak ais. Komitmen kukuhnya yang berterusan
bagi isu pemanasan global, maka dalam
tahun 1989 Shaklee membantu Yayasan
Sir Edmund Hillary’s American Himalayan
menanam sebanyak satu juta pokok di Nepal. Pada
tahun 2000 pula Shaklee telah mengambil
langkah-langkah bagi mengimbangi pengeluaran
CO², dengan objektif mempunyai impak bersih
sifar pada pemanasan global. Hasilnya Shaklee
menjadi syarikat pertama di Amerika Syarikat
yang diiktiraf Climate Neutral™ dengan melabur
dalam projek pengurangan bahan api fosil
dalam merancang pengurangan jumlah CO²
yang dihasilkan oleh syarikat. Pada tahun 2002
Shaklee menerima U.S. EPA’s International
Climate Protection Award serta
Environmental Stewardship International
Award daripada Social Accountability International
dalam menerajui isu pemanasan global.
Isu alam sekitar amat dititikberatkan terutama dalam pengeluaran produk keperluan rumah
syarikat. Pada tahun 1960 Shaklee membangun dan memperkenalkan Pencuci Organik
Pekat Basic-H®, satu daripada produk keperluan kebersihan rumah yang pertama. Pada
tahun 2004, sebagai tanda Hari Bumi 2005, Shaklee menderma dari hasil jualan Basic-H
kepada Green Belt Movement, iaitu sebuah akar umbi organisasi bukan kerajaan yang
diasaskan pada 1977 oleh Prof. Wangari Maathai, Nobel Peace Prize Laureate 2004,
yang telah bekerja dalam penjagaan alam sekitar dan pembangunan masyarakat di Kenya
selama lebih 25 tahun. Sebagai penghormatan untuk ulangtahun Shaklee yang ke-50,
pada Hari Bumi 2006 Shaklee telah melancarkan kempen persekitaran sejagatnya bagi
menangani isu pemanasan global - Satu Juta Pokok. Satu juta Impian™. Kecemerlangan
dalam Nobel Peace Laureate Prof Wangari Maathai dan Green Belt Movement, Pengedar
Shaklee merentasi Amerika Utara telah mengadakan upacara menanam pokok terancang
dalam komuniti-komuniti tempatan mereka dengan menanam satu juta pokok bagi
membantu menimbulkan kesedaran pemanasan global dan mengimbangi pengeluaran
CO². Sebagai sebahagian daripada kempen, Shaklee menderma $100,000 untuk
Pergerakan Kawasan Hijau untuk menanam satu juta pokok di Kenya.
Falsafah Shaklee
Dr. Forrest C Shaklee, tidak kurang seperti kebanyakan individu
lain yang mempunyai matlamat dalam mencorak kehidupan
masyarakat, turut mempunyai keyakinan, kegharirahan dan
falsafahnya yang tersendiri.
Dr Shaklee menyedari kehebatan gabungan sains dan alam
semula jadi yang mampu menjadi penawar terbaik. Namun,
beliau akur yang jika alam semesta tidak dijaga dengan
baik akan menimbulkan isu pemanasan global dan terbiodegradasi
sebelum ianya dilaung-laungkan lagi.
Daripada prinsip ini, Dr. Shaklee telah mencipta produk pemakanan
semula jadi dan pencuci yang terbaik hasil daripada proses
gabungan ciptaan sains dan alam semula jadi yang mana ia
menjadi asas terbentuknya sebuah syarikat yang berasaskan
Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik.
Ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa Shaklee dipasarkan melalui cara
begini. Puluhan ribu rakyat berbilang umur dan daripada segenap lapisan masyarakat
di seluruh pelusuk dunia bergabung membentuk satu komuniti yang hebat untuk
memasarkan produk kesihatan tersebut secara langsung. Mereka adalah insan yang
mempunyai visi dan kecekalan untuk membina kehidupan yang lebih baik untuk
diri mereka serta insan lain dan mereka jugalah yang telah mencipta pertubuhan
dermawan seperti Shaklee Cares.
Kini, generasi baru telahpun menemui dan mengenali Perbezaan Shaklee
(Shaklee Difference) dan menyertai komunitinya.

Kisah Dr. Shaklee
Sr Dr Forrest C Shaklee, muncul di tengah-tengah bandar Amerika,lahir pada tahun
1894 di sebuah ladang di dalam Carlisle, Iowa. Beliau memberi seluruh jiwa raganya
kepada negaranya, yang mana falsafahnya telah memberi inspirasi kepada jutaan
kehidupan. Melalui falsafahnya dan syarikat yang diciptanya, beliau telah merubah
kehidupan, kesihatan dan nasib masyarakat seluruh dunia.
Dengan menggunakan pengetahuan dalam kepentingan nutirisi dalam memcipta
kesihatan yang dikutip sepanjang hayatnya, Dr. Shaklee telah mengasaskan
Produk Shaklee dalam tahun 1956 dengan anak lelakinya Forrest, jr. dan
Raleigh bagi mengeluarkan dan menjual pemakanan suplemen. Manakala, rancangan
jualan syarikat secara kukuh berdasarkan prinsip utama dan falsafah Dr Shaklee
"Thoughtsmanship."

Selepas perang dunia kedua, segala pengambilan ubat-ubatan mula tertumpu
kepada penjagaan kesihatan dan bukan sahaja kepada penyembuhan yang
mana tradisi tersebut kekal hingga ke hari ini. Pengiktirafan pentingnya pemakanan
dalam kesihatan yang baik telah diperakui dengan jelas pada masa itu dan
lebih banyak disiplin saintifik terlibat dalam pemakanan. Dalam keadaan seperti
ini, banyak syarikat nutrisi kecil telah mula mengorak langkah dalam penubuhannya.
Bermula dengan penubuhan yang sederhana dalam tahun 1956, diikuti dengan
pertumbuhan pesat dalam tahun 1970-an hingga ke hari ini, Ia masih kekal
berlandaskan falsafah yang diasaskan oleh prinsip Dr. Shaklee iaitu Mesra
dengan Alam.

Dr Shaklee mengumpul banyak pingat kepujian peribadi dalam kerjayanya,
termasuk pengiktirafan khas daripada California Secretary of State. Dalam tahun
1975, dia mengundurkan diri daripada kedudukannya sebagai Presiden dan
Pengerusi Lembaga Shaklee Corporation dan menerima kedudukan
Pengerusi Emeritus Shaklee Corporation, satu kedudukan yang disimpan
sehingga kematiannya dalam 1985 ketika berusia 91. Dalam pengiktirafan
yang banyak diterimanya, nama Dr Shaklee telah banyak muncul dalam
beberapa penerbitan seperti Who's Who in the West, Who's Who in America,
Who's Who in the World dan the International Register of Profiles.
Hari ini, Shaklee berdiri teguh sebagai sebuah tugu wawasan,
kecerdikan dan keyakinan Dr Shaklee. Melalui wawasannya beliau telah
meningkatkan banyak kehidupan dan memperbaiki kesihatan ribuan masyarakat
di seluruh dunia. Falsafah "Thoughtsmanship"nya amat sesuai dan berkesan
sejak diterbitkan dari dahulu hingga kini. Syarikat yang berdiri teguh hari ini
adalah hasil titik peluh dan satu penghormatan hidup untuk seorang pemimpin
yang bervisi dengan suatu falsafah luar biasa.

Keistimewaan Shaklee
Falsafah Produk ShakleeSelama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah
bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza
dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada
sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk
kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan
rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta
untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT,
BERKESAN dan SEMULAJADI. 


SENTIASA SELAMAT,SENTIASA BERKESAN,SENTIASA MESRA ALAM

SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah
membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi.
Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami,
terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan
pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian
berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu
produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan,
phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana,
atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna,
tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa.
Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami
adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun
asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti
bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
TIDAK Mengandungi Paraben
TIDAK Mengandungi Triklosan
TIDAK Mengandungi Phthalates
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
TIDAK Mengandungi Glikol
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
TIDAK Mengandungi Ammonia
TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
TIDAK Mengandungi Formaldehyde
TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
TIDAK Mengandungi Toulene
TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
TIDAK Mengandungi Pewarna
TIDAK Mengandungi Lemak Trans
TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee,
kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian
saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah
membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya
melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan
pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’
yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC.
Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk
tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik
daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee
setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang
benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta
orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan
mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang
produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan
ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
- $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan
produk dan ujikaji
- Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya
dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
- 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time
telah diperkasa oleh Shaklee
- Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia,
Will Steger dalam 4
- Ekpedisi Artik Antarabangsa
- 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa
oleh Shaklee
- Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais,
acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson,
perenang Carly Piper, pemain Golf LPGA Reilley Rankin dan
pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.
SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan
alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh
abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang
lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™
di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam
sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk
persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee
Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan
2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya
disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar
bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai
iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan
perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi
bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami
telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan
lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000
paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar
bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya
melindungi bumi.
Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
- Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai
Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon
tanpa menjejaskan alam sekitar.
- Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million
Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt
Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace
Laureate Dr. Wangari Maathai
- Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    ~ Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    ~ Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    ~ Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
- Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang
berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
   ~ 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat
      Terhadap Alam Sekitar Terbaik
   ~ 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
   ~ 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada
      Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
   ~ 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan
       Climate
   ~ 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar-
       Sijil Penghargaan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Sains Shaklee
- Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan
produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal
- Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan
ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja.
Peneraju dalam produk kesihatan dan pemakanan sejak 1956, Shaklee
terus kekal menjadi juara secara saintifik disokong oleh produk terpilih
berbanding perubahan yang berisiko.
Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam penyelidikan
dan pembangunan produk yang lengkap , dan percubaan-percubaan klinikal.
Setiap tahun, kira-kira 83,000 ujian makmal dan ujian-ujian jaminan kualiti
dilaksanakan terhadap produk nutrien dan bahan-bahan sahaja!
Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian
saintifik dan penilaian penyedlidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal
bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan kami. Shaklee juga merujuk
kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang
merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi
dan perubatan.
Setiap hasil yang dikeluarkan perlu menjalani taraf kecemerlangan.
Setiap produk mesti memberikan dos bahan-bahan yang tepat berdasarkan
kajian klinikal. Setiap produk juga perlu dihasilkan oleh bahan-bahan yang
tulen dan diformulasi untuk menghasilkan produk yang konsisten.
Shaklee menggabungkan bahan sumber alam dan aplikasi sains terbaik dan
tidak menggunakan jalan pintas.

SAINTIS SHAKLEE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...